Khamis, 13 November 2014

Pendaftaran PERMAI 2014

    

  Pendaftaran PERMAI 2014
 dibuka bermula sekarang sehingga 30 November 2014.Mohon bagi peserta yang berminat boleh menghubungi wakil-wakil cawangan seperti yang tertera di bawah:
 1.Afifah Bt Burhanuldin
+6287893145937
PekanBaru
 2.muhammad fadhelah bin mohd yusof
+6287890320914
Aceh
 3.Amirah Nabila Azhari
+6287805721119
Bandung
4.Mohd Amir Mohd Halim
+6285921230938/+60134080657
jakarta
5.Ismail Abdullah
+6285669152223
Padang
6.Ahmad naziren
+6287869968671
medan
7. Mohamad shahrul afaham
+6287739666517
jogjakarta
8.Mohamed mukhriz mohamed sofiannudin
+6285942735557
solo
9. Muhammad suhaimi bin saad
+62 819-9439-1530
jambi
10. Muhammad amierul ashraf
+62 819-0849-4831
indramayu
11. syazwani
+6282245462818
Malang
12.Afif
+62 856-4851-8119
surabaya
13.Iyas Hafeez bin Jaffri
+6281219589925
Bogor
14.Mohamad Amirul Azizi bin Darmaji
+62 831-1427-0448
Bali
15. Fauzan bin mustapha
+6281543326626
Makasar.
@ terus secara online di.link https://docs.google.com/forms/d/19jRTmymcAaBzJwGR8YQT2vmgEEt6DtQK-6cArXCyt6I/viewform
Bagi yang mendaftar secara online maklumkan semula kepada cawangan masing-masing setelah membuat pendaftaran.
Sebarang masaalah berhubung dengan pendaftaran PERMAI 2014 bolehlah hubungi terus Bahagian pendaftaran ( izwan +6283186401156)

Isnin, 10 November 2014

Poster Rasmi PERMAI 2014




      PERMAI (Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia) merupakan perhimpunan terbesar mahasiswa Islam Malaysia di seluruh Indonesia yang terdiri dari 16 cawangan bermula dari Aceh hingga ke Makassar. PERMAI pertama kali diadakan pada tahun 2008 di Jogjakarta, pada tahun 2010 di Bandung kemudian pada tahun 2011 di Jakarta dan seterusnya pada tahun 2013 di Aceh

      Alhamdulillah, pada tahun ini, Pekanbaru terpilih menjadi tuan rumah yang bakal diadakan pada 12, 13 dan 14 Disember 2014 ini (Jumaat, Sabtu, Ahad). Tema PERMAI pada tahun ini adalah "Sains Menurut Perspektif Al Quran"

      Penceramah untuk PERMAI 2014 adalah:

- Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Mudir Komplek Darul Thibbunnabawi. Shah Alam - Prof Dr Muhammad Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. - Ustaz Mansur Bin Manni,
Guru Madrasah Manabiul Ulum (Pondok Kubang Ulu) Pulau Pinang dan Master Tea Kwon Do.

      Ayuh teman2 di seluruh pelusuk indonesia jangan ketinggalan untuk mendaftar dan hadir. Sama-sama kita sertai untuk meriahkan program PERMAI tahun ini

Selasa, 4 November 2014

PENGENALAN PERMAI PEKANBARU



 
I
slam adalah agama yang sempurnya, yang diturunkan kepada hamba-Nya untuk di sebarkan kepada seluruh umat manusia. Islam adalah agama yang mengajarkan erti kehidupan dan mengajarkan menyembah Tuhan yang Esa. Islam adalah cara hidup. Islam juga adalah rahmat untuk seluruh umat manusia. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, manusia tidak akan jauh dari kebaikan, malah tidak ada paksaan di dalam beragama. Islam agama yang membawa cahaya yang terang benderang, menerangi kegelapan. Tidak ada mampu menghalanginya jika Allah mengkehendakinya. 

Pada kali ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Pekanbaru (PKPMI-CPB) julung-julung kalinya mengadakan program himpunan terbesar mahasiswa Islam di Indonesia, Perhimpunan Mahasiswa Islam Se-Indonesia (PERMAI) kali ke 5. Untuk perhimpunan kali ini, PERMAI memfokuskan kepada agenda pemuda qur’ani. Pemuda, sosok yang tidak pernah sedikitpun lepas dari penilaian banyak orang. Pemuda, sosok yang selalu diidam-idamkan kerana perjuangannya. Pemuda, sosok yang tak mungkin terlupa kerana baktinya pada negara. Pemuda, persoalan yang tak akan pernah bosan untuk diperbincangkan oleh berbagai tingkatan generasi. Islam sebagai agama rahmatan lil ‘aalamiin menaruh perhatian besar pada hal ini. Benarlah jika dikatakan “Kemajuan sebuah bangsa, terletak pada kemajuan para pemudanya” maka dengan kesedaran dari pihak kami sebagai penganjur program PERMAI ini, ingin melahirkan seorang pemuda dan pemudi yang memiliki karekteristik yang berpandukan Al Quran dan Sunnah agar meraka mengetahui bertapa agungnya kemukjizatan yang telah diturunkan pada 1400 tahun dahulu dan masih reliven untuk dilaksanakan pada masa sekarang dan akan datang  – Program tiga hari dan dua malam ini mengandungi bengkel, seminar, dan permainan di slot yang berbeza. Ianya bagi membuktikan bahawa sains dan Al Quran itu adalah sejalan dan tidak ada pertentangan diantaranya (kontradektif).

Mahasiswa dalam pandangan umum, kita boleh katakan mereka ini meletakkan akademik, sukan dan kesenian sebagai hal yang utama, namun secara jujur, sebahagian hal-hal keagamaan dipinggirkan. Namun Islam sebagai agama yang tidak dapat di pisahkan dari kehidupan, memanggil mereka agar sentiasa seimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana seorang mukmin yang berjaya itu adalah  seorang yang mampu menyelaraskan kehidupan dunia dan akhiratnya. 

Jadi, sebelum kita meneruskan lembaran kehidupan kita, PKPMI-PUSAT dan PKPMI-CPB mencuba untuk mengambil kesempatan ini untuk membantu diri kita sendiri dan yang lainnya untuk menjadi muslim yang lebih baik. Dan Insha Allah, kita tidak akan mensia-siakan kehidupan kita sebelum diseru untuk menemui sang Pencipta. 

Diharapkan, program ini akan menjadi batu loncatan untuk kita semua menjadi Muslim yang lebih baik dan menjadikan kita pemimpin yang mampu memimpin masyarakat kearah yang lebih baik. Ada pepatah menyebutkan: “Every journey begins with a single step.” Moga perjalanan hidup kita sentiasa dirahmati oleh-Nya, Insha Allah.