I
|
slam adalah agama yang sempurnya, yang
diturunkan kepada hamba-Nya untuk di sebarkan kepada seluruh umat manusia.
Islam adalah agama yang mengajarkan erti kehidupan dan mengajarkan menyembah
Tuhan yang Esa. Islam adalah cara hidup. Islam juga adalah rahmat untuk seluruh
umat manusia. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, manusia tidak akan jauh dari
kebaikan, malah tidak ada paksaan di dalam beragama. Islam agama yang membawa
cahaya yang terang benderang, menerangi kegelapan. Tidak ada mampu
menghalanginya jika Allah mengkehendakinya.
Pada kali ini, Persatuan Kebangsaan
Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat dengan kerjasama Persatuan
Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Pekanbaru (PKPMI-CPB)
julung-julung kalinya mengadakan program himpunan terbesar mahasiswa Islam di
Indonesia, Perhimpunan Mahasiswa Islam Se-Indonesia (PERMAI) kali ke 5. Untuk
perhimpunan kali ini, PERMAI memfokuskan kepada agenda pemuda qur’ani. Pemuda,
sosok yang tidak pernah sedikitpun lepas dari penilaian banyak orang. Pemuda,
sosok yang selalu diidam-idamkan kerana perjuangannya. Pemuda, sosok yang tak
mungkin terlupa kerana baktinya pada negara. Pemuda, persoalan yang tak akan
pernah bosan untuk diperbincangkan oleh berbagai tingkatan generasi. Islam
sebagai agama rahmatan lil ‘aalamiin menaruh perhatian besar pada hal ini.
Benarlah jika dikatakan “Kemajuan sebuah bangsa, terletak pada kemajuan para
pemudanya” maka dengan kesedaran dari pihak kami sebagai penganjur program
PERMAI ini, ingin melahirkan seorang pemuda dan pemudi yang memiliki
karekteristik yang berpandukan Al Quran dan Sunnah agar meraka mengetahui
bertapa agungnya kemukjizatan yang telah diturunkan pada 1400 tahun dahulu dan
masih reliven untuk dilaksanakan pada masa sekarang dan akan datang – Program tiga hari dan dua malam ini
mengandungi bengkel, seminar, dan permainan di slot yang berbeza. Ianya bagi
membuktikan bahawa sains dan Al Quran itu adalah sejalan dan tidak ada
pertentangan diantaranya (kontradektif).
Mahasiswa dalam pandangan umum, kita
boleh katakan mereka ini meletakkan akademik, sukan dan kesenian sebagai hal
yang utama, namun secara jujur, sebahagian hal-hal keagamaan dipinggirkan.
Namun Islam sebagai agama yang tidak dapat di pisahkan dari kehidupan,
memanggil mereka agar sentiasa seimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat.
Ini kerana seorang mukmin yang berjaya itu adalah seorang yang mampu menyelaraskan kehidupan
dunia dan akhiratnya.
Jadi, sebelum kita meneruskan lembaran
kehidupan kita, PKPMI-PUSAT dan PKPMI-CPB mencuba untuk mengambil kesempatan
ini untuk membantu diri kita sendiri dan yang lainnya untuk menjadi muslim yang
lebih baik. Dan Insha Allah, kita tidak akan mensia-siakan kehidupan kita
sebelum diseru untuk menemui sang Pencipta.
Diharapkan, program ini akan menjadi batu loncatan untuk kita semua
menjadi Muslim yang lebih baik dan menjadikan kita pemimpin yang mampu memimpin
masyarakat kearah yang lebih baik. Ada pepatah menyebutkan: “Every journey begins with a single step.”
Moga perjalanan hidup kita sentiasa dirahmati oleh-Nya, Insha Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan